Profile Picture

Nurain Nadhirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pendidikan (Matematik)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Kota Tinggi, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mempunyai latar belakang dalam bidang matematik yang melalui pembelajaran semasa peringkat Diploma dan Sarjana Muda serta ditambah dengan teori pendidikan di peringkat Sarjana. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya dalam matematik dengan bantuan yang betul. Saya menggunakan pendekatan yang santai namun terarah dalam pengajaran, dengan memberi penekanan kepada pemahaman konsep dan aplikasi praktikal. Sebagai seorang tutor, saya sentiasa berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan pelajar, mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong dan sentiasa mengalu-alukan pelajar untuk bertanya soalan tanpa rasa malu.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya ketengahkan bergantung kepada potensi pelajar dan umur pelajar. Bagi pelajar sekolah rendah, teknik pengajaran saya lebih fokus kepada pembelajaran melalui permainan bagi menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok dan mengurangkan rasa takut pelajar terhadap subjek matematik. Bagi pelajar sekolah menengah pula, teknik pengajaran lebih berpusat kepada pelajar bagi mereka membina dan meneroka konsep matematik sendiri dengan bantuan daripada saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4