mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Arif *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Sosial (operasi Maritim)

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET) (Telah Bergraduasi)

Telok Panglima Garang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mengendalikan pelajar sekolah. Subjek Sains merupakan subjek keutamaan saya. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Graduan Ijazah Sarjana Muda Operasi Maritim dan telah menamatkan pengajian dengan anugerah “First Class”. Seorang yang kreatif serta aktif dalam aktiviti kokurikulum. Menyandang jawatan sebagai Eksekutif Perkapalan di sebuah syarikat di mana salah satu tugas hakiki iaitu memberi latihan penggunaan sistem dan juga menguruskan proses perdagangan kepada pengguna. Minat yang mendalam dalam dunia pendidikan membuka peluang kepada diri saya dalam memohon dan menimba pengalaman untuk menjadi seorang tenaga pengajar sambilan di platform MyTutor. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
1. Pengajaran Atas Talian (VC) -
Mengunakan kemudahan platform atas talian yang disediakan untuk membolehkan proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, kreatif dan menarik minat pelajar.

2. Teknik PQT (Pengenalan, Q&A dan Test) -
Kaedah yang digunakan bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar dalam topik yang dipelajari.Teknik pengajaran yang diterapkan adalah pendekatan secara berperingkat melalui pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu isu dengan memberi gambaran sebenar sesuai dengan situasi semasa. Selain itu, menganalisis interaksi yang diberikan oleh pelajar dan pendekatan yang berbeza akan diguna pakai mengikut kesesuaian adaptasi pelajar. Sentiasa mengutamakan kualiti bagi memastikan pelajar sentiasa peka dan tertarik dengan ilmu yang ingin dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tingkatan 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3