mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Suraya

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Komputer

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Sedang Belajar)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum warga penimba ilmu :). Saya cikgu Nur Suraya. Saya merupakan bekas pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara di Pulau Pinang dan bakal graduan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Saya bukanlah graduan dalam bidang pendidikan, akan tetapi minat yang teguh dalam diri saya untuk menyampaikan ilmu kepada yang memerlukan sangatlah tinggi. Pengalaman yang saya ada sepanjang bergelar tutor untuk rakan-rakan sebaya atau tidak sebaya sejak dari bangku sekolah hingga di universiti menjadikan saya seorang yang berpengalaman dalam mengajar dan menyampaikan ilmu serta pengetahuan dengan jelas dan teratur. Membantu pelajar-pelajar lain untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam akademik mereka adalah cita-cita dan angan yang ingin saya capai pada masa kini. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan berani untuk meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mengajar dan menyampaikan ilmu sebagaimana saya berani mengambil langkah maju dalam menawarkan diri memajukan insan lain demi membantu melahirkan anak bangsa yang berjaya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah amat strategik. Sebelum memulakan pengajaran, saya terlebih dahulu berminat untuk mengenal pasti apakah cara atau metodologi yang sesuai untuk seseorang pekajar itu menyerap ilmu. Sebagai contoh, pelajar A melalui grafik.Maka metodologi pembelajaran yang digunakan untuk mengajar pelajar tersebut adalah melalui gambaran/video yang jelas dan menarik supaya input yang mereka terima adalah lebih banyak. Jika pelajar B kaedah penerimaan ilmu mereka melalui audio, maka kaedahnya akan berubah. Sebagai contoh, saya akan lebih banyak menggunakan jalan penceritaan atau penerangan supaya mereka lebih faham.

Cara-cara untuk mengenal pasti kaedah mana satu yang sesuai dan terbukti membantu diri kita boleh dikenal pasti sendiri melalui pelbagai platform seperti youtube,google dan sebagainya. Saya juga boleh membantu untuk pelajar-pelajar mengenal pasti kaedah mana yang terbaik untuk anda!! ;) selamat memilih tutor anda!
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6
Matematik Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Sejarah Darjah 6
Seni & Kraf Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1
Jawi Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika