mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Rahmah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Computer(teknologi Web)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Sedang Belajar)

Mersing, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Rahmah.Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik pelajar sekolah menengah dan rendah. Subjek Sains Komputer merupakan subjek major saya bagi Mata pelajaran sekolah menengah manakala bagi subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major bagi sekolah rendah. Subjek minor saya bagi sekolah menengah ialah subjek Bahasa Melayu. Subjek minor saya bagi sekolah rendah pula subjek Sains dan Matematik. Saya mempunyai minat yang tinggi dalam mengajar anak-anak yang bakal menjadi penyambung generasi yang akan memimpin negara kita. Saya juga sering terlibat dalam program kemasyarakatan dengan menjadi salah seorang yang berjawatan kuasa tinggi dalam menjalankan program dengan lancar. Saya juga pakar dalam menyelami hati remaja kini serta meningkatkan motivasi dan displin dalam kalangan pelajar. Anak anda kurang keyakinan dalam mencapai kecemerlangan ? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pengalaman yang saya ada, saya menerapkan pelbagai teknik yang menarik bergantung keupayaan pelajar. Saya menggunakan teknik pengajaran gamification(quiz,kahoot,EdApp ) kerana teknik ini dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar dalam sesuatu subjek. Hal ini teknik ini boleh disesuaikan mengikut kumpulan umur dan subjek yang diajari.Selain itu, teknik peta Minda juga digunakan bagi merangsang Minda pelajar dalam mengeluarkan idea yang bernas dalam pembelajaran. Pelbagai pendekatan baharu yang akan membantu pelajar memahami subjek yang dipelajari. Kepuasan dan kebahagiaan anak anak merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2