mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Izzat *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Education Guidance And Counselling

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gambang) (Sedang Belajar)

Gombak, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Izzat Danish. Saya merupakan seorang mahasiswa ijazah sarjana muda dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mempunyai pengalaman tutor dalam bidang Bahasa Melayu, Sejarah dan Tasawwur Islam. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek yang saya memperolehi A+ dalam SPM 2019 dan saya juga menerima anugerah pelajar terbaik SPM 2019 bagi subjek Sejarah dan Tasawwur Islam. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di sekolah lama saya serta membantu mereka dalam membuat keputusan untuk menyambung belajar selepas tamat era persekolahan (career counselling). Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dalam diri pelajar terutamanya sebelum menghadapi peperiksaan besar seperti SPM. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Antara teknik mengajar yang sering saya terapkan dalam diri pelajar saya adalah saya akan menekankan lebih tentang apa yang pelajar saya kurang faham dalam satu subjek tersebut. Saya juga selalu menekankan pelajar saya untuk lebih banyak membaca serta menambah kosa kata baru untuk meningkatkan prestasi mereka dalam subjek bahasa.
Subjek
Subjek Tahap
Tasawwur Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1
Membaca - BM Darjah 6
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5
P. Islam Tingkatan 1