mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Athirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Business Management

Universiti Selangor (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum, hai! Saya Cikgu Athirah. Saya berpengalaman hampir 12 tahun sebagai guru tuisyen. Saya mengajar subjek Matematik, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Teknik Pengajaran
Saya mengajar menggunakan buku teks digital sebagai rujukan. Saya juga membuat nota sendiri untuk rujukan pelajar-pelajar saya. Untuk latihan, saya lebih gemar menggunakan soalan-soalan percubaan SPM dan soalan peperiksaan sebenar SPM. Saya juga ada formula khas yang saya cipta sendiri untuk membantu pelajar supaya mudah faham dan ingat. Saya selalu bertanyakan soalan kepada pelajar semasa sesi pembelajaran berlangsung dan meminta pelajar untuk membuat latihan di dalam kelas supaya ada input dan output. Peta minda menjadi pilihan utama saya. Saya sentiasa bersedia menjawab pertanyaan pelajar di luar waktu kelas. Pelajar boleh bertanyakan soalan pada bila-bila masa. Ini adalah salah satu usaha saya untuk membantu pelajar menjadi lebih baik dan cemerlang. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar, cara penerangan saya sangat jelas dan mudah difahami.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, IGCSE MRSM - Tingkatan 1
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Ekonomi Tingkatan 5, Tingkatan 4
Perniagaan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Akaun Universiti - Diploma, Dewasa, Cambridge - A Level
Matematik Dewasa
Pengurusan Perakaunan Dewasa