mytutor_mobile
Profile Picture

Farawahida Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Telecommunication And Information Engineering (electrical)

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Cheras, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Fara, mempunyai sarjana (master) dalam bidang kejuruteraan Elektrik( Elektronik). Pengalaman saya bekerja selama 11 tahun dalam industri telah memberi saya pengetahuan mendalam dalam bidang ini. Saya yakin pengalaman ini akan membantu saya mengajar dengan cara yang kreatif dan teknikal, sehingga memudahkan pelajar saya untuk memahami konsep-konsep yang rumit. Saya juga memiliki pengalaman sebagai penyedia latihan kepada pekerja di bawah tanggungjawab saya. Selain itu, saya turut aktif menyediakan nota-nota untuk membantu dalam pengajaran kepada pekerja baru dan rakan sekerja di bidang lain. Saya adalah seorang tutor yang suka bergaul dan penuh semangat dalam membantu anak didik saya untuk fokus dan memahami pelajaran dengan baik. Saya sangat komited untuk memastikan bahawa anak didik saya merasa gembira dan berjaya mencapai matlamat mereka dalam pembelajaran Pilih saya sebagai tutor anda hari ini untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan!
Teknik Pengajaran
-Sesuaikan teknik pengajaran mengikut keperluan dan kebolehan setiap pelajar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
-Memulakan kelas dengan ringkasan pengenalan untuk subjek yang diajar supaya pelajar mendapat gambaran keseluruhan topik yang akan diajar
-Mengajar and menggunakan mind map dan nota ringkas yang padat dan berguna untuk revision
-Banyak menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar atau video audio untuk menjelaskan konsep yang sukar atau memerlukan visualisasi.
-Sediakan aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran seperti perbincangan, permainan, atau 'mini' kuiz.
-Mendorong interaksi aktif antara pelajar dan saya. Ini termasuk diskusi, soal jawab, dan latihan praktikal untuk memastikan pemahaman yang mendalam.
-Menggunakan demonstrasi dan latihan praktikal untuk membantu pelajar memahami konsep yang diajarkan dengan lebih baik. Ini boleh termasuk contoh-contoh dalam kehidupan nyata atau latihan yang berfokus pada aplikasi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5