mytutor_mobile
Profile Picture

Rhenu Chandran

(Dalam Talian)

Asasi/a-level - Foundation In Arts

UCSI University (Sedang Belajar)

Rawang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang gemar berkongsi ilmu yang diperoleh kepada murid-murid atau kanak-kanak lain supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Sebagai seorang yang terlibat dan berkomited dalam pelbagai aktiviti, saya akan membimbing murid-murid untuk menyusun jadual waktu mereka supaya mereka menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah. Contohnya di sekolah menengah, saya merupakan seorang pengawas sekolah, murid yang aktif dalam kokurikulum di peringkat kebangsaan dan pelajar cemerlang yang mendapat 6A+ dan 3A di SPM. Saya juga seorang yang sentiasa sabar dan tenang. Saya juga boleh berkomunikasi dengan lancar dalam 3 bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Ketiga-tiga bahasa ini telah saya mahir dan mendapat keputusan yang cemerlang semasa SPM.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai dan memenuhi keperluan murid. Saya akan memberi penerangan yang jelas untuk murid memahami konsep dan penjelasan. Saya hanya akan memberi nota yang sesuai dan penting sahaja kepada murid kerana nota yang banyak akan menjadi beban untuk murid memahami and belajar. Namun, saya akan memberi murid banyak jenis latihan, kerana subjek seperti matematik memerlukan murid banyak membuat latihan untuk fahami konsep dan jenis soalan. Bagi subjek seperti Bahasa Inggeris, saya akan memberi tumpuan pada dua aspek, iaitu penulisan murid dari segi tatabahsa serta karangan dan pertuturan mereka dalam Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lancar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Cina untuk SK Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - Bahasa Cina Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Math SJKC (Fluent) Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Communication & Writing Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3