mytutor_mobile
Profile Picture

Shazrina

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Mass Communication (hons.) Journalism

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan hai, saya Shazrina merupakan bekas guru di salah sebuah sekolah rendah antarabangsa di Klang. Berpengalaman mengajar murid Cambridge Gred 1 hingga 5, serta murid sekolah kebangsaan dari peringkat UPSR hinggga ke PT3. Saya juga pernah mendapat anugerah pencapaian tertinggi untuk subjek Bahasa Melayu tingkatan 6 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta pernah dilantik sebagai ketua editor majalah kerana mempunyai kualiti penulisan yang memberangsangkan sejak peringkat menengah. Misi saya adalah untuk memastikan murid di bawah bimbingan saya mampu berdikari, memahami subjek secara menyeluruh serta mempunyai peningkatan pencapaian dalam subjek yang telah dipelajari.
Teknik Pengajaran
Saya akan menguji kefahaman murid terhadap sesuatu subjek secara menyeluruh pada sesi pertama kelas diadakan. Kemudian, setelah melakukan pemerhatian dan menganalisis SWOT murid, saya akan menggunakan teknik pendekatan dengan mengetahui apa yang murid minat seperti auditori atau visual (audio learner or visual learner).
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 3, Darjah 5