Saya baru sahaja menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang kejuruteraan pembuatan pada march yang lalu. Dalam bidang yang saya pelajari saya banyak mempelajari ilmu matematik. Oleh sebab yang demikian, saya berasa yakin untuk mengajar pelajar pelajar subjek matematik. Bagi pendapat saya pelajaran matematik ini bukan lah pelajaran secara teori sahaja malah ia memerlukan latihan dan amali yang mencukupi bagi pelajar mahir dan memahami cara penyelesaian masalah. Jadi saya akan memastikan pelajar saya mendapatkan aktiviti tambahan selepas sesi pembelajaran bersama saya supaya mereka mudah ingat dan lebih faham apa yang diajari.
Teaching Method(s)
Teknik yang akan saya gunakan semasa sesi pembelajaran ialah teknik aktiviti dan amali. Saya juga akan pastikan pelajar saya bertambah minat dalam subjek matematik. Dalam sesi pembelajaran saya akan melakukan aktiviti 2 hala untuk memastikan pelajar paham sepenuhnya apa yang diajari oleh saya. Saya juga akan menyediakan kerja tambahan untuk mereka buat secara sendiri selepas sesi pembelajaran tamat.