mytutor_mobile
Profile Picture

Taqiyah Khadijah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Information Technology

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Arau, Perlis

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Taqiya. Saya merupakan seorang tutor. Bergeraduan sebagai pasca siswazah dalam bidang teknologi maklumat serta mempunyai diploma dalam bidang pengajian islam, saya sangat berminat dalam dunia pendidikan terutamanya dalam memantapkan pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka. Pernah berpengalaman menjadi guru serta guru tuisyen bagi sekolah menengah, saya berpeluang berkecimpung dengan pelajar dari berbagai latar belakang dan gaya. Akhir kata, saya seorang yang berdedikasi, sabar serta sentiasa memajukan diri dalam membantu pelajar mencapai kejayaan akademik. Justeru, saya berharap untuk menjadi tutor anda.
Teknik Pengajaran
Dalam mengajar, saya percaya pada penerapan berbagai teknik yang dapat memenuhi keperluan belajar pada setiap pelajar tersebut. Antara teknik pengajaran yang saya sering gunakan ialah :
-Teknik Pembelajaran Aktif. Menggalakkan penglibatan pelajar aktif semasa dalam proses pembelajaran. Saya juga menggunakan teknik demonstrasi dan praktis, dimana saya menjelaskan tentang konsep atau kemahiran yang diajar, diikuti dengan sesi latihan.
-Alat bantuan visual seperti gambar rajah, carta, persembahan multimedia dan permainan pembelajaran menggunakan teknologi.
-Memberi maklum balas secara konstruktif kepada pelajar dalam membantu mereka memahami pembelajaran mereka.
-Sentiasa mengemas kini silibus mengajar selari dengan Kementerian Pendidikan.

Saya menyedari, bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, justeru saya mengubah pendekatan pengajaran untuk memenuhi keperluan individu setiap pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2
Mengaji - Iqra Tingkatan 1
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 2
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Sains Tingkatan 1