Profile Picture

Nurnisrina Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Biologi

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Pasir Puteh, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai! Saya Cikgu Rina! Saya merupakan seorang tutor yang sangat komited dalam membantu anak didik saya untuk menambahbaik dari segi akademik serta personal. Subjek Sains dan Biologi merupakan subjek dalam kepakaran saya. Saya juga boleh mengajar subjek matematik bagi sekolah rendah. Jika anak tuan/puan kurang berminat atau lemah dalam subjek-subjek ini, boleh hubungi saya! Saya juga merupakan seorang yang mudah mesra dan peramah! Maka, tuan/puan tidak perlu risau jika anak tuan/puan adalah seorang introvert atau pemalu kerana saya pandai mengambil hati dan menarik minat anak tuan/puan untuk menyukai sesi pembelajaran bersama saya. Jadi, hubungi saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Subjek Sains dan Biologi merupakan matapelajaran yang memerlukan imaginasi dan ingatan yang kuat. Oleh itu, saya menggunakan kaedah pembelajaran yang mengintegrasikan teknologi seperti menggunakan paparan video dan imej untuk menvisualisasikan sesuatu konsep atau proses. Selain itu, Saya juga menggunakan teknik didik hibur bagi memastikan sesi pembelajaran tidak membosankan malah pelajar menyukainya. Selain menyediakan nota yang ringkas dan peta minda, Saya juga mempunyai prinsip di mana, setiap pembelajaran perlu disertakan dengan soalan-soalan latihan supaya dapat menilai tahap pemahaman pelajar. Saya mengambil soalan daripada peperiksaan yang lepas berdasarkan format-format peperiksaan terkini KSSM & KSSR sebagai soalan latih tubi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tadika
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Sukan Tingkatan 4