mytutor_mobile
Profile Picture

Hannah Haziqah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Full Arabic Language

Sekolah Menengah (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang graduan STAM dari Sekolah Menengah Agama Negeri Islamiah Papar. Pelajaran agama sudah semestinya menjadi major dalam kehidupan dan pembelajaran saya sejak bersekolah dan bergraduan di sekolah agama. Saya sentiasa bersemangat dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang baik serta cemerlang. Saya akan memastikan anak didik saya belajar pembelajaran subjek agama dengan menganggapnya pelajaran yang mudah difahami dan dipelajari. Saya akan menepati masa dan etika yang ditetapkan oleh majikan saya. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya tidak lalai dalam pelajaran dan mencapai matlamat mereka dengan cemerlang. Jadikan saya tutor anda hari ini !
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pengajaran santai supaya anak didik tidak merasa beban saat belajar. Saya juga memberikan anak didik saya perkataan yang jarang mereka dengar dan hafal dalam masa yang saya tetapkan sendiri untuk melatih mereka menyegarkan otak mereka. Saya juga menyediakan cara penggunaan ayat dengan mudah dan berkesan. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni dan menarik dapat mereka gunakan semasa kelas mahupun luar waktu pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Lughatul Quran KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5
Tajwid KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 6