Profile Picture

Nur Iman *******

Sarjana Muda - Teknologi Marin

Universiti Teknologi MARA (Arau) (Graduated)

Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Tutor Training

Training Sains Sek Rendah

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, saya Nur Iman Kamarudin Azhar. Boleh panggil saya cikgu Iman. Cikgu Iman mempunyai minat yang sangat mendalam di dalam bidang sains kelautan. Selain itu, cikgu Iman juga mempunyai pengalaman dalam bekerjasama dengan beberapa sekolah Orang Asli di Malaysia, di mana cikgu pernah mengendali kelas bersama-sama dengan pelajar Orang Asli. Oleh kerana itu, cikgu Iman komited untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.
Teaching Method(s)
Sekolah Menengah:
Untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5, cikgu akan menggunakan teknik seperti Inquiry-Based Learning dimana cikgu akan memberikan soalan kepada pelajar mengenai topik-topik penting. Pelajar tersebut akan diminta untuk mencari bukti daripada sumber sejarah, dan artikel. Seterusnya, hasil dapatan akan dibentang dan dibincang. Tujuan teknik pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam, bukan sekadar menghafal fakta.

Sekolah Rendah -
Untuk subjek Sains bagi Darjah 1 - Darjah 6, cikgu akan menggunakan teknik pembelajaran berasaskan multimedia dan teknologi. Sebagai contoh, cikgu akan menggunakan video untuk bantu pemahaman pelajar dalam topik-topik yang mereka kurang mahir - seperti tayangan video kitaran air atau sistem solar. Tujuan teknik pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar visual dan auditori memahami konsep abstrak.
Rating & Review

Nor Syuhadah Binti Mohamed

Membaca B. Melayu

Cara cikgu yang kretif tarik perhatian anak untuk terus beri tumpuan walaupun waktu belajar nya lama.

Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Tadika
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prasekolah - 3M
Tadika