Profile Picture

Siti Izzatul *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Civil Engineering

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pagoh) (Graduated)

Banting, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan lepasan Kejuruteraan Awam dan kini bekerja sebagai Engineer dan pernah mempunyai pengalaman dalam mengajar dalam mengajar mata Pelajaran Matematik bagi pelajar Sekolah Rendah dan Menengah. Saya jugak seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang senang didekati dan pandai mengambil hati kanak kanak serta mudah untuk berbincang kata sepakat bersama ibu bapa. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengaplikasikan teknik didik secara dua hala di mana saya sebagai tenaga pelajar menerangkan satu topik dan pelajar juga akan diberi peluang untuk menerangkan semula kepada rakan mereka yang lain. Selain itu, Teknik pengajaran saya lebih mementingkan penekanan yang lebih holistik dan pemahaman terhadap konsep terlebih dahulu sebelum pengaplikasian terhadap penyelesaian masalah dan teknik mengingat. Sebagai seorang graduan ijazah Kejuruteraan, saya lebih menggunakan pendekatan alat bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Hal ini sangat membantu para pelajar dalam memahami topik-topik kerana mereka perlu benar-benar faham sebelum menerangkan kepada yang lain. Banyak lagi teknik-teknik yang akan ditunjuk ajar kepada para pelajar dan saya akan memastikan kelas saya tidak akan berasa dalam tekanan supaya para pelajar mampu untuk memahami dengan lebih jelas dan mudah.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5