Profile Picture

Nur Athifah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling (Minor Bahasa Melayu)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Jelutong, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Athifah. Merupakan seorang guru ganti yang sedang bekerja secara kotrak di bawah agensi Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Saya mempunyai pengalaman mengajar melalui beberapa internship mengajar di sekolah menengah dan sekolah rendah bagi subjek Bahasa Melayu, Reka Bentuk Teknologi, dan juga Sejarah. Saya seorang tutor yang berdedikasi dan gigih dalam membantu murid mencapai matlamat pengajaran yang telah dirancang. Saya juga seorang tutor yang akan memastikan tempoh masa pengajaran dimanfaatkan sebaiknya untuk murid. Saya seorang yang mesra namun tegas terhadap tahap disiplin dan fokus murid semasa proses pengajaran. Tak kenal, maka tak cinta. Jadikan saya tutor anda hari ini !
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran diterapkan mengikut kesesuaian dan keperluan murid. Berdasarkan pengalaman, saya menggunakan teknik demonstrasi dan penyelesaian masalah dalam pengajaran saya. Teknik ini sesuai untuk mudahkan pelajar menyerap kaedah menulis karangan dan mengingati elemen tatabahasa. Teknik didik hibur juga diterapkan bertujuan supaya murid tidak bosan dan dapat mengaplikasi apa yang sudah diajar dalam keadaan yang lebih santai. Bagi menambah kecekapan murid, pengajaran berpusatkan tugasan akan diberikan.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu Tadika
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3