Profile Picture

Nurul Farahani *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - English (Tesl)

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Labis, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Miss Farah. Saya merupakan tutor berjiwa pendidik yang sentiasa berdedikasi untuk mendidik para pelajar. Memfokuskan kepada subjek Bahasa Inggeris, saya juga berkebolehan untuk mengajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu bagi peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Saya berpengalaman dalam mengajar pelbagai jenis kaedah pembelajaran, tahap dan sifat pelajar dari pelbagai latar belakang. Memegang konsep “Learning is fun”, saya ingin menerapkan keseronokan belajar dalam diri para pelajar dan mengubah persepsi mereka terhadap pembelajaran yang membosankan dan menakutkan. Saya yakin dengan kebolehan saya mengajar dan kini saya perlukan anda untuk yakin dengan saya. Mari jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Berdasarkan konsep “Learning is fun”, saya menggunakan teknik-teknik melibatkan permainan yang tidak membosankan dan memberi tekanan kepada pelajar. Dengan mengaplikasikan konsep pergerakan fizikal dan nyanyian dalam kelas, pelajar dipercayai lebih mudah untuk faham dan mengingati sesuatu topik itu. Menggunakan ‘Singing Book’ hasil projek inovasi saya dalam mengajar topik-topik dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya juga menyediakan soalan-soalan dalam bentuk yang dapat meransang pemikiran kreatif dan kritis seperti peta minda dan HOTS, mengikut kemampuan dan tahap pembelajaran pelajar. Keperluan pelajar adalah asas saya dalam merangka kaedah dan pelan pengajaran saya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 6
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca B. Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1
Membaca B. Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3