Profile Picture

Nadiah Syafiqah *******

Sarjana(master) - SUPPLY CHAIN AND LOGISTICS MANAGEMENT

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Ongoing Study)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, nama saya Nadiah Syafiqah Binti Nasrudin, panggilan mesra saya ialah Nadiah. Saya mempunyai pengalaman mengajar (tutor) selama setahun dan saya mengajar pelajar sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Saya minat mengajar terutama sekali subjek perakaunan. Saya minat dengan nombor dan saya juga mempunyai ilmu untuk mengajar matematik dan matematik tambahan. Pengalaman saya belajar subjek matematik dan perakaunan membuat saya suka akan subjek tersebut dan sangat gembira apabila dapat memberikan segala teknik dan ilmu pengalaman kepada pelajar-pelajar yang lain. Subjek-subjek tambahan yang saya boleh ajar juga adalah bahasa melayu, sejarah, pengajian keusahawanan dan juga pendidikan islam. Saya juga mempunyai tips untuk skor semua subjek ini dan harap dapat membantu yang lain. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai dan saya bangga boleh dikatakan dalam pelajaran. Saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, kelas pertama di peringkat Asasi dan Degree dan juga dekan setiap semester semasa Degree. Saya suka belajar dan juga suka berkongsi ilmu dengan orang lain supaya mereka juga boleh berjaya.
Teaching Method(s)
Teknik-teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah saya akan membuat pelajar berasa selesa terlebih dahulu dan saya akan berkawan dengan mereka.

Untuk subjek berkaitan nombor, terutamanya subjek perakaunan, saya suka menanyakan konsep terlebih dahulu dan jika mereka masih tidak faham konsep, saya akan membetulkan dan memberikan mereka kata kunci yang senang ingat. Saya yakin dengan faham konsep, segala bentuk soalan mereka akan dapat jawab dengan mudah dan saya suka mengingatkan supaya mereka menghafal format dan step dan untuk hafal perlulah latihan yang banyak. Saya pasti mereka akan berjaya. Seterusnya, untuk subjek matematik dan matematik tambahan, untuk mereka berjaya dan mahir, saya akan memberikan banyak latihan dan suruh mereka ulang membuat banyak latihan dengan banyak kali sehingga mereka faham dan dapat jawab segala jenis bentuk soalan.

Untuk subjek yang memerlukan banyak hafalan seperti sejarah, saya sebagai 'visual learner', amatlah sarankan untuk belajar dari buku nota yang mempunyai banyak warna dan juga seperti komik, supaya tidak bosan dan dalam masa yang sama segala kata kunci akan ingat dan membantu pelajar untuk menjawab dengan mudah dalam peperiksaan.

Untuk subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam, saya mempunyai tips supaya senang untuk skor iaitu banyakkan menghafal dan kedua-dua subjek ini mempunyai cara untuk menjawab dan skor, dan bila dah hafal format dan juga ada tips di jari, sangat mudah untuk skor dan dapat keputusan yang cemerlang.

Tips saya sebagai seorang pelajar:
1. Minat
2. Halatuju
3. Fahaman dan hafalan
4. Latihan yang berulang
5. Cabaran
6. Pasti berjaya!
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Foundation Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Membaca B. Melayu
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Foundation
Pengajian Keusahawanan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Foundation