Profile Picture

Muhammad Akif *******

(Physical & Online)

Asasi/a-level - Physical Science

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Ongoing Study)

Sentul, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Muhammad Akif. Saya merupakan pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dengan cgpa semester 1 saya adalah 3.51. Saya amat meminati subjek matematik, sewaktu saya berada di sekolah menengah saya mendapat gred A+ untuk matematik dan B+ untuk matematik tambahan dalam Sijil Pelajaran malaysia. Saya seorang yang gigih dan bertanggungjawab. Saya harap saya dapat menimba lebih banyak ilmu melalui platform ini. Menjadi seorang pengajar sudah lama saya impikan sejak dari kecil. Ia merupakan cita-cita utama saya kerana harapan saya adalah ingin melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang seiring dengan akhlak yang terpuji dan sahsiah unggul.
Teaching Method(s)
Saya akan memastikan pelajar di bawah bimbingan saya mendapat kefahaman sepenuhnya dalam subjek tertentu. Saya akan menggunakan pendekatan yang terbaik untuk mencapai target tersebut. Contohnya, menggunakan peta minda, mencadangkan cara belajar yang efektif dan amalan-amalan yang boleh pelajar buat dalam menjadi pelajar yang cemerlang. Dalam pada itu, saya akan menyediakan bahan-bahan latihan susulan supaya dapat memastikan ingatan pelajar tentang sesuatu subjek lebih kukuh. Secara khususnya, teknik pengajaran saya adalah berdasarkan tahap akademik setiap pelajar, bagi pelajar yang lemah saya akan mengukuhkan asas dahulu dan berikan banyak tunjuk ajar dan latihan. Bagi pelajar yang mempunyai tahap akademik yang agak baik saya akan memfokuskan untuk mendapatkan gred A+.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Additional Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mathematics DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3