Profile Picture

Sharifah Afraq *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Actuarial And Financial Studies

University College Dublin, Ireland (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang pelajar yang sangat berminat dengan subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, saya ingin menjadi tutor dan membantu pelajar lain memahami dan mendalami kedua-dua subjek ini. Semasa di sekolah dan kolej, saya telah menjadi mentor untuk rakan-rakan dan junior bagi subjek subjek tertentu. Daripada itu, saya belajar mengembangkan teknik pengajaran yang berkesan, yang saya percaya dapat memudahkan pembelajaran dan menjadikannya lebih menyeronokkan. Saya seorang yang ramah dan bersifat terbuka, yang memudahkan pelajar berinteraksi dan bertanya soalan dengan selesa. Saya juga teliti dalam melihat dan menilai prestasi pelajar supaya dapat menentukan pendekatan dan kaedah yang terbaik dalam sesi tutoring.
Teaching Method(s)
Fokus saya ialah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif supaya pelajar berasa selesa untuk bertanya soalan. Inilah keutamaan saya kerana bertanya soalan merupakan indikator bahawa pelajar fokus tentang apa yang diajar. Selain itu, saya juga akan memperkenalkan beberapa kaedah belajar yang sesuai untuk pelajar seperti teknik "blurting method dan active recall" ketika sesi tutoring. Daripada ini pelajar boleh menentukan dan mempraktikan kaedah belajar yang sesuai untuknya ketika mengulang kaji pelajaran
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 4, Tingkatan 5