Profile Picture

Nur Ain *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Kerja Sosial

Universiti Sultan Zainal Abidin (Batu Buruk) (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ainzain, graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial. Berpengalaman sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah selama 2 tahun dan sedang menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang yang sama di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Banyak terlibat dalam bidang penyelidikan yang berkait rapat dengan pelbagai lapisan umur masyarakat dan juga penciptaan projek inovasi dalam pembelajaran bagi membantu pelajar agar lebih mudah dalam memahami sesuatu topik. Oleh itu, saya juga amat berminat untuk mencurahkan dan berkongsi segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman dengan menjadi tutor di sini. Saya merupakan tutor yang amat komited dan sentiasa berada pada modul atau silibus masa kini dan akan membantu anak didik memahami pelajaran dengan lebih baik dengan menggunakan pendekatan yang inklusif dan menyokong dalam pengajaran.
Teaching Method(s)
1. Penggunaan Teknologi & Inovasi: mengintegrasikan alat dan aplikasi teknologi/ produk inovasi untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.
2. Pembelajaran Kolaboratif: menggalakkan kerja kumpulan dan perbincangan untuk memperkukuh pemahaman pelajar.
3. Pembelajaran Aktif: menggunakan teknik seperti permainan pendidikan, simulasi, dan aktiviti praktikal untuk melibatkan pelajar secara aktif.
4. Kaedah Akronim: menggunakan akronim untuk membantu pelajar mengingati konsep-konsep penting dengan lebih mudah.
5. Penggunaan Peta Minda: menggunakan peta minda untuk memvisualisasikan idea dan konsep, serta membantu pelajar mengatur maklumat dengan cara yang logik dan berstruktur.
6. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): menggunakan teknik pengajaran yang menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan analitikal.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4