Profile Picture

Muhammad Hakim *******

(Online)

Sarjana Muda - Sejarah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Temerloh, Pahang

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Muhammad Hakim bin Ahmad Suhaimi berumur 21 tahun. Saya sedang melanjutkan pengajian di IPGM Kampus Ipoh dalam pengkhususan Sejarah. Saya juga merupakan lepasan pelajar Asasi TESL di UiTM Dengkil. Saya mempunyai pengalaman bersama kanak-kanak dan mahir dalam meningkatkan motivasi dan minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris. Saya juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2020 dengan keputusan 3A+ 6A. Kanak- kanak memerlukan tutor atau pengajar yang dekat dengan diri. Perkembangan murid adalah berbeza bergantung motivasi mereka dan kemahiran tutor. Saya akan cuba yang terbaik untuk mengenali corak pembelajaran mereka agar sesuai dengan diri mereka sekali gus meningkatkan kemahiran mereka dalam pelajaran.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai kaedah:

1) Penggunaan gamifikasi (teknik gaming) dan konsep didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan membantu murid untuk lebih fokus dan dapat mencapai objektif pembelajaran.

2) Konsep hiburan seperti teka-teki, nyanyian dan permainan secara maya akan membantu meningkatkan kefahaman dan fokus di dalam pelajaran.

3) Nota yang diberi secara ringkas, padat, menarik dan terkini.

4) Pengajaran menggunakan konsep kekeluargaan (family relationship).
Subject
Subject School Level
Sejarah Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 2