Profile Picture

Nur Shazlina *******

Sarjana Muda - Teaching English as A Second Language

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Cheras, Selangor

Fakulti Pendidikan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya, Nur Shazlina binti Mohd Yaacob, atau lebih mesra disapa Teacher Shaz, memiliki pengalaman mengajar selama dua bulan di sebuah NGO. Di sana, saya berkesempatan mendidik murid-murid sekolah rendah berusia 8 dan 9 tahun yang dikategorikan sebagai pelajar tercicir. Dengan latar belakang akademik yang kukuh, saya menguasai subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Kecemerlangan saya dalam bidang akademik dibuktikan dengan pencapaian Muet band 4.5, CGPA 3.84 dalam STPM 2022, serta anugerah Dekan selama tiga semester di peringkat ijazah sarjana muda.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik Activity-Based Learning. Dengan kemahiran saya dalam teknologi, saya akan menggunakan pelbagai platform online untuk menarik minat pelajar menguasai Bahasa Inggeris. Tujuan utama saya adalah membolehkan murid saya selesa untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan bukanlah untuk peperiksaan semata-mata. Masalah murid, terutama dalam bahasa ini berpunca daripada kurang keyakinan dalam diri dan kurang latihan. Oleh itu, saya sebagai tutor berharap dapat membantu pelajar yang Bahasa Inggeris ini adalah mudah dan penting demi masa depan mereka kerana ia membuka banyak peluang.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 6 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Inggeris
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Darjah 3 Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 3