Profile Picture

Iman Diyana *******

Sarjana Muda - Pendidikan Pengajian Bahasa Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum, hai saya tutor Iman. Salam perkenalan tuan/puan.

Saya merupakan seorang guru pendidikan Bahasa Melayu dan minor dalam pendidikan Islam. Di samping itu, saya juga berpengalaman sebagai tutor dalam mengajar (3M) membaca bahasa melayu mahupun jawi.

Sekarang saya bertugas selaku guru Kelas Fardhu ain dan Al-Quran, tutor mengaji serta membaca (3M)

Moto :
Saya mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pendidikan dan ingin memberi tunjuk ajar kepada anak didik. Perasaan ingin membantu pelajar yang mengalami masalah dalam apa jua matapelajaran sangat tinggi dalam diri saya.

Dengan itu, saya akan merasa berpuas hati dan lega apabila melihat perubahan yang dialami oleh pelajar dalam masa yang sama dapat membantu mereka menguasai matapelajaran yang lemah.

Tambahan lagi, saya akan menggunakan teknik pengajaran secara santai namun tegas. Hal ini bertujuan supaya pelajar merasa selesa dan lebih dekat untuk belajar bersama saya. Dalam apa jua, sebagai seorang tutor mestilah sentiasa sabar dalam proses mendidik dan memberi tunjuk ajar.
Dengan itu, jom daftar tutor bersama saya.
Teaching Method(s)
Bagi keadah pembelajaran, saya akan menggunakan keadah didik hibur dan juga soal jawab. Kaedah didik hibur seperti kuiz, bermain sambil belajar dan sebagainya yang dapat menarik minat pelajar serta menghilangkan rasa bosan. Pelajar juga akan dibekalkan dengan teknik menjawab yang mudah atau teknik bacaan secara fonetik bagi membantu murid mengatasi masalah dengan lebih cepat. Latihan mingguan akan diberikan serta guru akan memeriksa jawapan yang telah dijawab oleh murid. Sekiranya kelas dijalankan secara atas talian, guru akan menyediakan powerpoint atau slaid dalam bentuk yang menarik serta membuat beberapa aktiviti seperti menggunakan kahoot, wordwall atau gamilab sebagai bahan bantu mengajar sambil menjawab soalan.
Rating & Review

Siti Nur Annis Binti Md Isa

Pendidikan Islam

Saya suka tutor Iman ni sebab dia bersungguh dlm menyampaikan ilmu pada anak saya.ada peningkatan dalam diri anak saya.hope tutor Iman xjemu dlm mmbantu pembelajaran anak saya ya

Siti Nur Annis Binti Md Isa

Pendidikan Islam

Alhamdulilah.trima kasih cikgu dlm usaha mngajar anak saya.

Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Dewasa
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Dewasa
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 4 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Jawi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Hafazan
Darjah 3 Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Dewasa Tingkatan 5
Asas Fardhu Ain
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
UPKK
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2
KAFA
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Dewasa
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6