Saya merupakan seorang pelajar yang sedang mengambil bidang pendidikan Bahasa Melayu di IPG. Saya seorang yang peramah namun tegas dalam mendidik murid murid. Saya pandai mengambil hati murid murid dan boleh membantu mereka untuk menyusun jadual secara afektif.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur dalam mengajar murid murid. Saya juga menggunakan kaedah peta minda untuk membantu pelajar agar mereka mudah memahami isi tersirat dan isi tersurat bagi mengarang karangan. Selain itu, sebelum memulakan pengajaran, saya akan menyiapkan RPH supaya pelajar faham akan pengajaran yang akan disampaikan.