Profile Picture

Dayang Fauziah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Hons)major Bahasa Melayu

Sebuyau, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama diberi Dayang Fauziah binti Awang Mohamad Reza.Berumur 27 tahun.Asal dari Sarawak dan merupakan seorang pelajar graduasi UNITAR yang tamat pada tahun 2021 dengan jurusan Bachelor of Education (HONS) bagi major Bahasa Melayu. Saya mempunyai pengalaman menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau selama 3 bulan. Selain itu,saya juga berpengalaman bekerja sebagai kerani di kedai gunting GBN Barbershop,juruwang di SENSEN Departmental Sdn bhd dan pernah menjadi pengasuh kanak-kanak(babysitter). Selepas menjadi guru ganti, saya tidak mempunyai pekerjaan.Jadi, dengan peluang yang ada ini saya dapat mencari pengalaman yang baru untuk mengajar bagi subjek bahasa Melayu kepada anak-anak yang masih mempunyai kekurangan dan memerlukan pertolongan dalam pelajaran bahasa Melayu.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran merupakan strategi untuk mengenal pasti langkah-langkah yang boleh membantu sesi pengajaran dan pelajaran dapat berjalan dengan lancar seiring menambah ilmu pengetahuan dengan pelbagai cara. Teknik pengajaran yang ingin saya gunakan ialah didik hibur,sumbang saran,perbincangan,belajar sambil bermain dan sebagainya. Teknik pengajaran ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar pada bila-bila masa. Dengan hiburan seperti video,slaid,lagu dapat menghiburkan cara pembelajaran anak murid dan memperkembangkan pemikiran anak murid. Dengan pelbagai pembelajaran abad ke-21 juga dapat meningkatkan keyakinan anak murid dan dapat meningkatkan cara komunikasi,kerjasama dan berkongsi ilmu pengetahuan masing-masing
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5