Profile Picture

Nik Nur *******

(Online)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Accounting

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang individu yang berdedikasi dan bersemangat untuk menimba pengalaman baru dalam bidang tutoring. Mempunyai kemahiran yang kukuh dalam matematik, iqra dan bahasa melayu. saya telah berjaya menyelesaikan pelbagai projek dan mencapai objektif organisasi dengan berkesan. Saya berkeyakinan tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, dan mampu bekerja dengan baik. Saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya melalui pembelajaran berterusan dan pengalaman praktikal. Jadikan saya sebagai tutor anak anda !!!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Menyediakan sesi pengajaran yang disesuaikan mengikut keperluan dan gaya pembelajaran setiap pelajar untuk memastikan pemahaman yang mendalam dan kemajuan yang efektif. Saya juga akan menggunakan kaedah pembelajaran aktif bagi menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran melalui aktiviti interaktif, perbincangan, dan sesi praktikal, bagi memastikan penguasaan konsep yang lebih baik. Penggunaan kaedah pemantauan dan penilaian berterusan akan digunakam bagi menilai kemajuan pelajar secara berkala melalui ujian kecil, kuiz, dan penilaian informal untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka serta menyesuaikan strategi pengajaran. Tambahan lagi, saya akan menggunakan sumber pembelajaran yang pelbagai contohnya mengintegrasikan bahan pengajaran seperti video, aplikasi pendidikan, dan bahan bacaan tambahan untuk menyokong pelbagai gaya pembelajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika, Darjah 3, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2