Profile Picture

Nurul Hidayah *******

(Physical)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)

Universiti Malaysia Terengganu (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam perkenalan. Saya Cikgu Hidayah. Saya merupakan tutor yang sangat komited akan tanggungjawab yang diberikan dan seorang yang menepati masa. Saya berpengalaman dalam mengajar subjek matematik menengah rendah (Tingkatan 1 - Tingkatan 3) , matematik menengah atas (Tingkatan 4 - Tingkatan 5) dan matematik tambahan. Alhamdulillah kebanyakan pelajar yang saya ajar memberi respon positif dan markah / gred mereka juga semakin meningkat seperti gred C kepada gred A. Saya juga suka memberi motivasi atau kata-kata semangat kepada pelajar saya dan juga membantu mereka dalam menyusun jadual waktu yang lebih efektif. Anda mahu anak anda dapat skor dengan lebih cemerlang dan lebih bermotivasi? HUbungi saya!
Teaching Method(s)
Teknik-teknik yang saya gunakan dalam mendidik pelajar adalah bergantung dengan keupayaan pelajar tersebut seperti aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi. Teknik didik hibur adalah salah satu kaedah yang saya gunakan supaya pelajar tidak bosan, lebih-lebih lagi pelajar yang mudah hilang fokus. Dalam mempelajari atau menjawab soalan matematik, terdapat juga beberapa formula yang perlu diingati. Jadi saya menggunakan kaedah akronim supaya pelajar mudah ingat dan faham bagaiman hendak mengaplikasikan formula tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5