Profile Picture

Che Wan *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains (Fizik Industri)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kuala Berang, Terengganu

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Che Wan Nor Adila Binti Che Wan Kassim. Saya mempunyai pengalaman mengajar tuisyen secara bersemuka dan dalam talian selama tiga tahun kepada pelajar sekolah rendah. Saya juga pernah dilantik oleh salah seorang pelajar saya sebagai guru peribadi beliau untuk semua subjek selama tiga tahun. Semasa saya di Tingkatan 3, 4, dan 5, saya dilantik sebagai Guru Muda oleh pihak sekolah untuk menjadi mentor bagi mengajar pelajar lain yang mengalami masalah pembelajaran. Selain itu, semasa saya menjalani pengajian di Kolej Matrikulasi Johor, saya dilantik sebagai Peer Assisted Learning yang bertanggungjawab mengajar rakan-rakan pada setiap hujung minggu. Subjek Sains, Fizik, Matematik, dan Matematik Tambahan merupakan bidang utama saya dalam bidang pendidikan kerana latar belakang pendidikan saya dalam Sarjana Muda dan Sarjana (Master) dalam bidang Sains. Walau bagaimanapun, saya juga mampu mengajar subjek lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kerana mempunyai asas yang kukuh dalam subjek tersebut
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang sering saya gunakan adalah teknik demonstrasi secara visual dan praktikal tentang konsep-konsep yang berkaitan dengan Sains. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar memahami konsep-konsep tersebut secara mendalam dan tidak hanya menghafal semata-mata. Selain itu, saya juga kerap menggalakkan pelajar untuk bertanya semasa sesi pembelajaran bagi memastikan mereka memahami setiap topik dengan baik. Setiap hujung bulan, saya mengadakan sesi ujian untuk menilai tahap pemahaman pelajar dan merancang strategi seterusnya untuk membantu mereka meningkatkan prestasi akademik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Dewasa
Matematik
Darjah 6 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Melayu
Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Inggeris
Darjah 6
Sains
Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Tilawah Al-Quran
KAFA - Darjah 5
Adab dan Sirah
KAFA - Darjah 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5