Profile Picture

Amalia Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Dan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Jitra, Kedah

Institut Perguruan

Pendidikan Khas

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan hai. Saya Cikgu Amalia. Saya merupakan bekas pelajar Institut Pendidikan Guru jurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (major) dan Bahasa Melayu Sekolah Rendah (minor). Saya mempunyai pengalaman mengajar murid-murid sekolah rendah yang mempunyai pelbagai kecergasan kognitif. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar di sebuah pusat tuisyen iaitu dalam subjek Asas 3M (Membaca, mengira, menulis), Sains Tahun 5 dan Bahasa Melayu Tahun 6. Saya bersifat terbuka selagi mana saya dihormati.
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran Yang Sering Digunakan :

1. Latih tubi dimana saya sangat percaya bahawa seseorang akan lebih ingat dan faham dengan adanya soalan latih tubi yang pelbagai. Ia akan memberikan pendedahan kepada murid untuk berhadapan dengan soalan yang bercapah.

2. Soal Jawab dimana diakhir kelas saya lebih gemar untuk menggalakkan murid membuat refleksi dan mengimbas kembali apa yang dipelajari. Ini bertujuan supaya kelas yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada pelajar.

3. Kaitkan pdp dengan situasi sebenar. Hal ini kerana manusia belajar melalui sekeliling. Saya lebih suka memberi contoh kepada murid berkaitan alam sekeliling dan situasi sebenar.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Darjah 2