Profile Picture

Nurul Hanny *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Teknologi Kimia Industri

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Kepala Batas, Pulau Pinang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Hanny. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan ingin mencari pengalaman, saya mengajar sambilan di pusat tuisyen mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Matematik merupakan subjek yang saya kuasai, manakala Sains merupakan subjek yang saya ingin mengajar kerana saya mempunyai pengetahuan dalam bidang itu. Berkemahiran mengajar dan mendekati kanak-kanak menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga ingin mencuba mengajar subjek-subjek SPM seperti Kimia dan Fizik atas minat dan penguasaan saya dalam bidang itu. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Ingin melihat anak anda cemerlang ke menara gading? Hubungi saya tutur anak anda.
Teaching Method(s)
Saya bukanlah guru di sekolah tetapi saya berjaya mendidik anak murid saya untuk memahami segala yang dibelajar di sekolah. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan setiap pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya gemar menumpukan anak murid saya menguasai soalan-soalan asas sebelum menjawab soalan berbentuk soalan peperiksaan. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan matlamat saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 5, Darjah 6
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5