Profile Picture

Elize Lin *******

Sarjana Muda - Sains Makanan Dan Pemakanan

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Ongoing Study)

Kota kinabalu, Sabah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Miss Elize. Saya merupakan mahasiswi yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana muda dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Saya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang perguruan. Walaupun saya masih dalam pengajian, saya mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Oleh itu, saya yakin bahawa sifat kepimpinan ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang tutor yang bertanggungjawab dalam mengajar pelajar. Major dalam sarjana muda saya ialah subjek Kimia dan Biologi manakala minor ialah Matematik dan Fizik. Nak berjaya dalam bidang sains ? Tidak minat dengan Matematik ? Jangan risau ! Saya boleh bantu. Hubungi saya.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang mahasiswa yang baru memasuki bidang tutoran, saya akan menerapkan teknik “game-based technique”. Saya percaya ramai pelajar pada masa kini lebih menggemari pembelajaran seperti ini kerana dapat merangsang aktiviti otak mereka selain ramai antara pelajar yang lebih suka akan pembelajaran berasaskan permainan. Oleh itu, lebih mudah untuk mereka memahami sesuatu topik yang sedang diajarkan. Salah satu teknik yang saya akan terapkan dalam kalangan pelajar adalah menggunakan konsep “technology-based learning”. Melalui kaedah ini, pelajar dapat mengakses maklumat dengan lebih mudah melalui gajet dan teknologi lain yang sedia ada untuk membantu mereka memahami dengan lebih baik dengan pantauan tutor. “Technology-based learning” ini juga membolehkan pelajar dapat mengulangkaji pelajaran di mana-mana sahaja tanpa batasan tempat dan waktu.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris
Darjah 4 Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3