Profile Picture

Nur Natasha

(Online)

Sarjana Muda - Persuratan Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Sandakan, Sabah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta komited dalam membantu anak didik saya untuk memperbaiki dan menambahbaik potensi mereka dalam pembelajaran . Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai objektif mereka. Saya juga gemar membantu anak didik saya dengan cara membimbing mereka dari segi penyusunan jadual masa yang efektif dan pengadaptasian teknik pembelajaran yang progresif agar sesuai dengan keupayaan anak didik saya. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah teknik didik hibur agar dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya memanfaatkan penggunaan alat teknologi maklumat dan komunikasi secara kreatif di samping berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Saya mendidik dengan menggunakan bahan sokongan tertentu seperti tayangan video pendek bagi meningkatkan kefahaman anak didik saya mengenai topik yang dipelajari. Saya menggalakkan anak didik untuk melakukan perkongsian ringkas dengan bercerita mengenai topik yang mereka pelajari agar mereka bersama dapat menikmati hasil pembelajaran yang terbaik!
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 4
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 5