Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar dari lingkungan darjah 1 hingga darjah 3 bersama MyTutor dan pelajar Tingkatan 2.
Sebagai seorang guru tutor, saya merupakan guru yang bertoleransi dan tegas dalam masa yang sama. Tegas yang saya terapkan bukan sahaja berasaskan pada sifat garang semata tetapi disiplin dan fokus. Sepanjang pengalaman saya mengajar, alhamdulillah banyak maklum balas yang positif saya dapatkan dari pelajar dan ibubapa.
Teaching Method(s)
Teknik mengajar yang banyak saya terapkan bagi mengutamakan tujuan tutor dirumah ialah latih tubi dan fokus pada kelemahan yang telah/akan dikenal pasti. Pembelajaran secara dua hala sangat dititik beratkan. Kaedah pemusatan pelajar sentiasa digunakan bagi menggalak pelajar sentiasa aktif dan fokus.