Saya merupakan seorang jurutera yang mempunyai minat dalam mengajar dan menjadi tutor. Saya seorang yang sangat semangat dalam berkongsi ilmu dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan. Saya merupakan seorang tutor yang ceria dalam mengajar dan memastikan pelajar tersebut memahami perkara yang diajar bukan semata-mata untuk lulus peperiksaan tapi memahami maksud disebalik apa yang dibelajar. Marilah jadikan saya tutor kepada anak anda.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah yang berbeza mengikut peringkat umur, tahap penguasaan dan minat pelajar. Saya akan mengkaitkan perkara yang pelajar tersebut minat dengan apa yang akan diajar. Dan memastikan pelajar tersebut tidak merasa bosan sepanjang pembelajaran sedang berlangsung. Latihan yang banyak akan diagihkan untuk membiasakan pelajar dengan soalan-soalan yang bakal dijawab, dan berbincang "on-the-spot" sekiranya ada soalan yang tidak pasti.