Profile Picture

Vissalini Kumar

Sarjana(master) - Master In Primary Science Education

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Batu Caves, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama Panggilan Mesra:
Teacher Vissa

Pengalaman Mengajar:
Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru sekolah rendah selama 6 tahun dan masih aktif hingga kini.

Jenis Sekolah:
Sekolah Rendah (Tahap 1 & Tahap 2)

Subjek-subjek Utama yang Diajarkan:
• Sains
• Mempunyai Kemahiran dan pengalaman untuk mengajar subjek Sejarah (sekolah rendah dan sekolah menengah)

Subjek-subjek Tambahan yang Diajarkan:
• Pendidikan Moral
• Bahasa Tamil

Kemahiran Khusus:
• Reka bentuk PdPc berasaskan STEM dan PBD
• Pembangunan bahan bantu digital interaktif (contoh: kuiz Wordwall, video pendek, kad pembelajaran)
• Fasilitator bengkel dalaman & penceramah sekolah
• Pembinaan soalan KBAT dan aktiviti berasaskan kemahiran abad ke-21
• Penggunaan teknologi pendidikan seperti PowerPoint interaktif, Canva, dan animasi

Kejayaan Terbaik:
• Sedang dinilai oleh Jemaah Nazir sebagai calon Guru Cemerlang (GC)
• Menerajui pelaksanaan program-program besar dalam peringat kebangsaan, negeri, daerah dan zon.
• Membimbing guru lain melalui PLC dan perkongsian amalan terbaik
• Terlibat dalam inovasi bahan bantu mengajar dan pameran Pendidikan
• Terlibat dalam program AI for Education sebagai salah satu inisiatif memperkasa PdPc abad ke-21
Teaching Method(s)
Sebagai seorang guru abad ke-21, saya menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran yang berfokuskan murid, berasaskan teknologi dan menjurus kepada pembelajaran aktif serta bermakna. Antara pendekatan yang saya gunakan ialah:

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning – PBL):
Murid menjalankan tugasan atau projek yang menyelesaikan masalah sebenar dan dikaitkan dengan kehidupan harian. Contoh: Eksperimen mudah, reka cipta bahan STEM, pembentangan interaktif.

Pembelajaran Berasaskan Pertanyaan (Inquiry-Based Learning):
Murid digalakkan bertanya, meneroka dan membuat kesimpulan sendiri melalui aktiviti penyiasatan sains. Ini menggalakkan pemikiran kritis dan rasa ingin tahu.

Integrasi Teknologi dan AI:
Saya menggunakan aplikasi seperti Wordwall, Kahoot!, Quizziz, Canva, serta elemen AI dalam PdPc untuk menambahbaik penglibatan murid.
Saya juga telah mengikuti program AI for Education untuk mengoptimumkan penggunaan AI secara beretika dan berkesan dalam bilik darjah.

Gamifikasi (Gamification):
Menukar sesi PdPc kepada bentuk permainan bagi meningkatkan motivasi murid. Contoh: Kuiz interaktif, ‘Cuba Cari Saya’, ‘Roda Impian Sains’.

Pembelajaran Berbeza (Differentiated Instruction):
Saya merancang PdPc mengikut tahap kebolehan murid – ada aktiviti sokongan, pengayaan dan cabaran mengikut keperluan individu.

PdPc Kolaboratif dan Konstruktivisme:
Murid bekerja dalam kumpulan kecil, saling membantu, berkongsi idea dan membina pengetahuan secara kolektif melalui aktiviti hands-on dan diskusi.

Penggunaan Bahan Bantu Digital & Visual:
Menghasilkan bahan bantu belajar visual seperti kad imbas, animasi ringkas, video pendek dan model 3D untuk mengukuhkan pemahaman.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sains
Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Tadika
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prasekolah - 3M
Tadika