Profile Picture

Nur Aleeya *******

(Online)

Sarjana Muda - Kursus Bimbingan Dan Kaunseling (Bachelor Of Guidance And Counseling)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kota Samarahan, Sarawak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi. Saya juga merupakan seorang yang ramah namun tegas. Sebagai seorang bakal guru dan bakal kaunselor, saya ingin mencari peluang dan pengalaman dalam mendidik anak didik saya sehingga mereka berjaya serta membantu mereka untuk kekal bermotivasi sepanjang proses pembelajaran mereka. Saya juga berpegang kepada prinsip bahawa setiap orang adalah unik dan mempunyai potensi diri untuk berkembang. Saya percaya dengan pengetahuan yang saya ada saya mampu membantu anak didik saya dalam mencapai kecemerlangan dalam subjek yang diingini.
Teaching Method(s)
Saya mengendalikan kelas saya dalam keadaan yang santai namun masih mengamalkan prinsip ketegasan dalam diri bergantung kepada situasi.

Kaedah pengajaran saya adalah dalam bentuk pelbagai iaitu bergantung kepada situasi, potensi diri dan gaya belajar anak didik saya.

Saya gemar menggunakan kaedah soal jawab bersama anak didik saya untuk saya mengetahui sejauh mana kefahaman mereka terhadap apa yang diajarkan. Biasanya saya menggunakan platform online seperti 'kahoot' dan 'quizizz' untuk menarik minat anak didik saya.

Saya juga akan menggalakkan anak didik saya untuk mengkaji semula soalan ujian-ujian yang lepas supaya dapat mengenalpasti apa yang perlu diperbaiki dengan lebih tepat

Selain itu, saya juga gemar menggunakan kaedah bermain di dalam kelas. Setiap kali sesi tutor, saya akan menyelitkan sedikit aktiviti yang mampu membantu mereka untuk mengatasi rasa lesu sepanjang sesi tutor dijalankan.

Akhir sekali, saya akan menggunakan kaedah mengingat semula dan menggunakan flashcard atau akronim untuk membantu anak didik saya mengingati apa yang dipelajari oleh mereka sepanjang sesi tutor.
Subject
Subject School Level
Chemistry DLP Tingkatan 4
Matematik Tadika
Taekwando Asas (Basic)
Membaca B. Melayu Tadika