Profile Picture

Nik Mohd *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Hartanah

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Melor, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum, saya Nik Iezuan, graduan dari Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang pengurusan hartanah. Walaupun saya bukan daripada jurusan pendidikan tetapi insyAllah saya akan memberikan yang terbaik di dalam membantu anak tuan dan puan di dalam mata pelajaran matematik. Saya seorang yang tegas dan saya tidak suka jika anak didik saya gagal. Walau bagaimanapun, kejayaan ini melibatkan kesemua pihak termasuk saya selaku tenaga pengajar, ibu bapa dan anak-anak di dalam memberi sepenuhnya komitmen bagi memastikan kejayaan dapat di capai dengan cemerlang. Saya bukan orang yang boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi insyAllah dengan keazaman dan bantuan para ibu bapa, saya akan berikan 110% usaha saya di dalam membantu anak tuan dan puan.
Teaching Method(s)
Ada dua teknik yang akan saya cuba terapkan dengan dua tujuan berbeza. Pertama iaitu teknik komunikasi cemerlang. Teknik ini memberi penekanan terhadap hubungan baik antara pengajar dan anak murid. Tujuan hubungan baik ini tidak lain melainkan bagi menarik minat anak murid terhadap mata pelajaran yang sedang mereka pelajari.

Teknik kedua ialah teknik pengajaran mudah. Teknik ini akan dilakukan dengan memberi sumber atau nota nota yang mudah difahami yang berbentuk lukisan dan sebagainya. Ayat-ayat yang sukar di fahami akan dicerakinkan bagi memastikan anak murid mencapai kefahaman yang jelas terhadap sesuatu perkara yang mereka lakukan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1