Profile Picture

Mohamad Amirul *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan Kepujian (Bahasa Melayu)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Ongoing Study)

Sungai Petani, Kedah

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Selamat Sejahtera. Nama saya Mohamad Amirul Fahmi. Saya merupakan graduan Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (bahasa Melayu) daripada Universiti Sains Malaysia. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam dunia pendidikan. Saya pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari sebagai guru praktikal dan mendapat gred A bagi latihan mengajar. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major dalam karier saya sebagai seorang guru. Saya juga boleh mengajar subjek Geografi dan Sejarah. Saya berkemahiran dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum memulakan PdP. Saya telah didedahkan dengan silibus terkini dan teknik pengajaran yang sesuai dengan abad ke-21 khususnya secara dalam talian. Akhirnya, saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bahasa Melayu, sejarah serta geografi. Buktinya saya mendapat gred purata 3.65 ketika mengambil ijazah sarjana muda. Anda ingin anak anda cemerlang? Inginkan teknik pengajaran alaf-21? Inginkan pembelajaran secara maya tetapi menarik? Saya ada untuk membantu anda.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya terapkan kepada pelajar bergantung kepada tahap kognitif pelajar. Saya akan sesuaikan pendekatan, strategi serta pedagogi dengan kebolehan pelajar. Hal ini bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai serta murid dalam memahami isi pembelajaran.

Saya gemar menggunakan medium alam maya. Misalnya aplikasi kahoot, quizziz, word wall dan lain-lain yang sesuai dengan perkembangan murid zaman kini. Pendekatan gamifikasi akan saya tekankan supaya murid seronok belajar secara dalam talian. Hal ini bertepatan dengan kehendak KPM serta kursus yang diambil semasa di universiti.

Saya juga akan tekankan teknik untuk skor dalam bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi. Misalnya teknik akrnonim dan lain-lain. Penggunaan pelbagai teknik dapat membantu murid kerana setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza misalnya auditori, visual dan lain-lain.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Sejarah Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4