Profile Picture

Asmaa Aqilah

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Electronic Engineering

Universiti Sains Malaysia (Nibong Tebal) (Graduated)

Chemor, Perak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Puan Asmaa, mempunyai sarjana muda dan sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik. Pengalaman saya selama 1 tahun sebagai pembantu penyelidik dan 2 tahun sebagai tutor peribadi membantu murid saya menerapkan pembelajaran secara kreatif dan inovatif dari sudut pemahaman mendalam dan teknikal. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah, mengajar subjek bahasa inggeris, sains dan matematik. Saya pernah menjadi tutor kepada murid tingkatan 3 dalam subjek sains dan matematik, murid tingkatan 5 dalam subjek sains dan matematik. Saya juga pernah menjadi sukarela mengajar kelas tambahan subjek fizik pada murid tingkatan 4 dan 5. Saya seorang tutor yang mudah mesra serta bersemangat dalam membantu anak didik saya fokus dan faham ketika belajar. Saya sangat komited memastikan anak didik saya seronok dalam mencapai matlamat mereka. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya lebih fokus kepada pengalaman langsung di mana murid melakukan kajian itu sendiri untuk menarik minat mereka.Maklumbalas merupakan keperluan untuk membantu murid membaiki kemahiran mereka. Saya akan memberi maklumbalas dengan membetulkan kesalahan, memberi pujian jika ada kemajuan dan menyarankan cara untuk membaikinya. Menjadi seorang tutor perlu tersusun. Saya sentiasa memastikan saya mempunyai rancangan pengajaran bagi setiap kelas, mengikuti perkembangan murid dan mengurus masa secara efektif.
- Fokus juga diberi kepada ujian-ujian yang dilaksanakan dalam sekolah agar murid biasa dengan soalan peperiksaan.
- Berfokus juga kepada terus topik utama dalam setiap subjek.
- Memberikan visual atau gambaran warna kepada murid yang visualistik.
- Menggunakan kaedah peta minda, alat membantu mengajar dan juga kuiz kepada pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 1, Darjah 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Darjah 1
Sains Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6