Saya merupakan tutor baru yang ingin mencari pengalaman mengajar sambil mengasah lagi ilmu pembelajaran saya untuk digunakan pada masa akan datang. Selain itu, saya juga seorang yang tegas tetapi boleh dibawa berbincang dan ramah. Dengan sedikit ilmu yang saya ada ini saya berharap saya boleh membantu pelajar untuk bercita-cita untuk menjadi insan yang baik, berakhlak mulia serta rajin belajar.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka menggunakan teknik belajar yang santai seperti pelajar boleh sahaja menggunakan Bahasa Melayu jika ingin bertanya apa-apa soalan. Dan saya juga lebih suka jika pelajar suka bertanya tanpa ada rasa takut atau malu.