Profile Picture

Sarip Bin *******

(Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Business Administration (Hons) In Human Resource Management

Universiti Tenaga Nasional (Graduated)

Puchong, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik anak murid dengan cemerlang. Saya ingin memberi ilmu dan sebagai pemudah cara bagi anak murid memahami sesuatu pembelajaran dengan mudah. Saya boleh mengendalikan kelas membaca bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid yang berusia 4 hingga 6 tahun di peringkat Tadika dan Prasekolah. Saya juga turut berkebolehan untuk menarik minat anak murid dan meningkatkan motivasi serta disiplin dalam kalangan murid. InsyAllah dengan izin-Nya, semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak murid saya nanti.
Teaching Method(s)
Untuk mencapai visi dan misi saya sebagai tutor, saya menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang formal dimana ia diterapakan di alam persekolahan seperti sekolah rendah. Seterusnya, saya juga menggunkan kaedah Pembelajaran Modular iaitu fokus pada subjek tertentu setiap hari atau minggu. Penekanan akan diberikan kepada subjek teras yang sukar difahami. Pembelajaran Berasakan Projek juga merupakan kaedah yang saya guna untuk anak-anak mengembangkan kemahiran dengan mengendalikan projek. Disamping itu, Pembelajaran Secara Interaktif seperti menggunakan alat digital, permainan pendidikan dan video interaktif juga akan menarik minat anak-anak. Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah Pembelajaran Berasakan Minat dan Bakat anak. Kaedah ini akan menarik minat dan boleh mengcungkil bakat anak-anak. Akhir sekali, kaedah yang saya akan guna adalah Pembelajan Fleksibel dimana jadual akan ditetapkan berdasarkan keperluan anak-anak.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 3
Sains Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Seni & Kraf Tadika