Profile Picture

Aida Nur *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bimbingan Dan Kaunseling/sejarah

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Rembau, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Aida Nur Aqilah Binti Azini. Boleh panggil saya cikgu Aqilah. Saya merupakan seorang guru tutor yang sangat bersemangat dalam mendidik dan saya sentiasa memastikan anak-anak murid saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang luar biasa, dan tugas saya adalah untuk membantu mereka menggali dan mengembangkan potensi tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga akan memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar sekiranya diperlukan. Kejayaan pelajar saya adalah kepuasan terbesar bagi saya sebagai seorang pendidik, dan saya komited untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap sesi pengajaran.
Teaching Method(s)
Saya akan mengaplikasikan teknik pengajaran berpusatkan pelajar. Saya memastikan sesi pengajaran memberi tumpuan kepada keperluan dan minat pelajar. Saya memberi ruang untuk mereka bertanya, berdiskusi, dan menyelesaikan masalah secara aktif. Selain itu, saya juga akan menggunakan pembelajaran aktif di mana pelajar tidak hanya memfokuskan kepada buku sahaja, saya akan menyelitkan beberapa aktiviti agar isi pembelajaran mudah difahami dan pelajar tidak mudah bosan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca B. Inggeris Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3