Tentang Saya
Saya Cikgu Idris Bin Saleh. Saya merupakan seorang bekas guru yang telah berkhidmat hampir 23 tahun di beberapa sekolah menengah swasta. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.