Profile Picture

Muhammad Hazim *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Business Administration (Hons) Operations Management

Universiti Teknologi MARA (Dungun) (Graduated)

Johor Bahru, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor baharu yang bersemangat dan komited, serta bersedia untuk membantu pelajar mencapai potensi akademik mereka. Walaupun baru dalam dunia pengajaran dan tutor, saya mempunyai rekod prestasi akademik yang cemerlang sewaktu di Tingkatan 6 (STPM) dan sewaktu bergelar mahasiswa di UiTM. Saya juga mempunyai pemahaman mendalam dalam subjek yang ingin diajar. Pengalaman saya sewaktu menjadi seorang pelajar juga dapat dikongsikan kepada anda untuk dijadikan sebagai panduan dalam pembelajaran. Saya sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan, menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keperluan setiap pelajar. Saya yakin bahawa dengan bimbingan yang betul dan sokongan berterusan, setiap pelajar boleh mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Teaching Method(s)
1. Pembelajaran Berasaskan Contoh dan Situasi Seharian
- Saya akan menggunakan contoh dari kehidupan harian untuk menjelaskan konsep yang kompleks.
- Dengan menggunakan contoh sebenar, pelajar akan lebih mudah memahami konsep dan melihat relevansinya dalam kehidupan.

2. Pengajaran Secara Visual dan Interaktif
- Saya menggunakan alat bantu visual seperti carta, grafik, atau gambar untuk membantu pelajar memahami konsep abstrak.
- Saya juga melibatkan pelajar dalam aktiviti seperti permainan ringkas atau kuiz interaktif untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mengelakkan rasa bosan.

3. Latihan Bertahap
- Selepas sesi pengajaran dilaksanakan, saya akan mulakan dengan soalan atau latihan yang lebih mudah dan secara beransur-ansur tingkatkan kesukarannya. Ini akan membantu pelajar menguasai asas sebelum beralih kepada soalan yang lebih mencabar.

4. Pengulangan dan Peneguhan
- Saya akan merancang sesi ulangan secara berkala. Misalnya, sebelum memulakan topik baru, luangkan beberapa minit untuk mengulang topik sebelum ini.
- Saya juga menggunakan peneguhan positif seperti pujian atau galakan apabila pelajar menjawab soalan dengan betul atau menunjukkan kemajuan.

5. Refleksi dan Maklum Balas
Di akhir setiap sesi, saya akan tanyakan kepada pelajar tentang apa yang mereka rasa telah difahami dan apa yang masih kurang jelas.
- Saya juga akan memberi maklum balas yang membina dan spesifik, supaya pelajar tahu di mana mereka perlu memperbaiki.

6. Penyediaan Nota Ringkas dan Mudah Faham
- Saya akan membantu pelajar untuk menyediakan nota yang ringkas dan padat tentang topik yang diajar. Nota seperti formula penting dan berbentuk akronim dapat membantu pelajar mengingati fakta penting.
Subject
Subject School Level
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5