Profile Picture

Merry Madi

Sarjana Muda - Bahasa Melayu (Sk)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kota kinabalu, Sabah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya cikgu Merry. Saya merupakan seorang yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik murid sekolah rendah. Saya telah memperoleh banyak pengalaman di sekolah sepanjang menjalankan pengajian di IPG. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Pendidikan Jasmani merupakan subjek minor. Saya sentiasa bersedia dan yakin untuk mengajar subjek yang berlainan dengan bidang saya. Saya mahir dalam penyusunan modal dan perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berpandukan DSKP yang tepat. Peningkatan daripada segi akademik dan sosial murid ini mampu memberikan kepuasan kepada diri saya sebagai seorang pendidik. Saya juga mahir mengurus masa dengan baik supaya lebih komited semasa melaksanakan tugasan yang diberi. Dengan ini, saya sentiasa bersedia untuk membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan murid tidak mudah berasa bosan. Saya juga menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam bentuk digital untuk membantu memudahkan pemahaman murid dengan lebih mendalam. Saya mampu meningkatkan kemahiran komunikasi murid dan memupuk keyakinan dalam diri mereka untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Saya juga menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan murid. Pendekatan peta minda dan slaid digital yang menarik merupakan kepakaran saya untuk memberikan gambaran yang jelas kepada murid berkaitan dengan topik pembelajaran. Saya sentiasa memastikan objektif pembelajaran saya tercapai dan pengajaran yang saya sampaikan dapat difahami oleh murid dengan baik. Saya bangga dengan peningkatan prestasi yang berlaku dalam setiap murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6