Profile Picture

Afrina Shafri

Sarjana Muda - Sains Sosial Sejarah

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Papar, Sabah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Afrina. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Pusat Tuisyen. Subjek sejarah merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Melayu dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar ketika berada di universiti. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 1 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 1 Darjah 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 1 Darjah 3
Sejarah
Tingkatan 1
Jawi
Tadika
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3