Saya Huzaimi berasal dari Klang, Selangor. Saya pernah bekerja di sebuah firma audit dan kini mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengauditan. Saya juga sangat suka berkomunikasi untuk mengajar dan memberi bimbingan dalam bidang perkaunan. Saya pernah terlibat dengan satu seminar berbentuk bimbingan kepada pelajar Diploma Akauntansi semester satu (1) mengenai teknik menjawab kertas Financial Accounting 1.
Selain itu, saya juga pernah terlibat dengan seminar Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 kepada pelajar SMA Teluk Kemang, Port Dickson. Alhamdulilah byk pengetahuan dan teknik yang saya berikan bagi memudahkan mereka skor dalam subjek tersebut.
Teaching Method(s)
Saya lebih suka mengajar dengan cara sentiasa berkomunukasi dan bebas memberikan pelajar untuk peluang bertanya apa sahaja yang berkaitan dengan silibus atau bidang perakaunan. Saya juga suka melakukan pengajaran melalui teknik penggunaan digital.