Profile Picture

Aziahtul Asyiqqin *******

Degree (Education Faculty) - Pendidikan Perakaunan

Open University Malaysia (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Total Teaching : 106 hours

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Introduction To Cambridge

Motivation In Education

Online Class Preparation

Verified Profile

Featured Tutor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan hai! Nama saya Azi, seorang tutor berpengalaman dalam mengajar subjek Prinsip Perakaunan di peringkat sekolah menengah. Saya telah bergiat sebagai tutor sambilan selama lebih tiga tahun, dan amat menikmati proses membantu pelajar memahami asas-asas perakaunan melalui pendekatan yang mudah, jelas dan praktikal.

Saya juga mempunyai latar belakang yang kukuh dalam bidang perakaunan dan pendidikan, dengan kelulusan Ijazah Perakaunan serta Diploma Pascasiswazah Pendidikan. Selain mengajar, saya sedang berkhidmat sebagai akauntan profesional sepenuh masa selama 9 tahun di sebuah syarikat swasta. Gabungan pengetahuan akademik dan pengalaman industri ini membolehkan saya mengaitkan teori perakaunan dengan situasi sebenar, sekali gus membantu pelajar memahami bagaimana konsep yang dipelajari diaplikasikan dalam dunia nyata.

Kepuasan dan kejayaan terbesar saya adalah apabila pelajar yang sebelum ini berasa sukar dan kurang yakin dalam perakaunan akhirnya menunjukkan peningkatan prestasi serta keyakinan diri. Tiada yang lebih membanggakan selain melihat pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Teaching Method(s)
✅ Pembelajaran berasaskan situasi sebenar – Saya kaitkan konsep perakaunan dengan contoh dari dunia sebenar, berdasarkan pengalaman saya sebagai akauntan selama 8 tahun. Ini membantu pelajar melihat bagaimana teori diaplikasikan secara praktikal.

✅ Latihan soalan KBAT & kertas peperiksaan sebenar – Saya dedahkan pelajar kepada pelbagai jenis soalan sebenar termasuk soalan peperiksaan lepas untuk membiasakan mereka dengan format dan gaya soalan.

✅ Nota ringkas & formula mudah ingat – Saya sediakan ringkasan nota yang padat dan teknik mengingat formula dengan cara yang lebih mudah dan kreatif.

✅ Pendekatan berfasa – Saya ajar pelajar untuk faham langkah demi langkah, bermula dari konsep asas sehingga kepada aplikasi yang lebih kompleks.

✅ Sesi ulangkaji dan kuiz berkala – Saya buat kuiz ringkas atau sesi ulangkaji secara berkala untuk memastikan pelajar ingat dan faham topik yang telah dipelajari.

✅ Tips menjawab & pengurusan masa – Saya tekankan teknik menjawab soalan secara sistematik dan bagaimana mengurus masa ketika peperiksaan agar pelajar boleh skor dengan lebih yakin dan tepat.

Matlamat saya adalah untuk menjadikan subjek Prinsip Perakaunan lebih mudah, menarik, dan menyeronokkan bagi pelajar.
Rating & Review

Puan Mariaty Binti Mohd Saat

Prinsip Perakaunan

cikgu terangkan dengan jelas dan mudah faham. Sangat friendly.

Tuan Ahmad Safiq Bin Mod Noh

Prinsip Perakaunan

Adam dapat memahami subjek Akaun dgn baik. Lebih seronok utk menjawab soalan

Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa