Profile Picture

Nor Nazatul *******

(Online)

Diploma / Stpm - Diploma In Accounting (Universiti Malaya)

Kajang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Akmar, saya merupakan seorang graduan Diploma Perakaunan Universiti Malaya yang mahir dalam subjek Perakaunan dan Matematik. Pengalaman mengajar saya, saya pernah mengajar pelajar sekolah menengah dalam subjek Prinsip Akaun dan Matematik daripada gagal sehingga cemerlang. Saya tiada pengalaman yang lama sebagai tutor, namun saya sering mengajar rakan rakan saya dalam subjek perakaunan dan matematik, sama ada di sekolah mahupun di peringkat universiti. Saya tertarik untuk mengajar pelajar cara mudah memahami subjek Prinsip Akaun dan Matematik.
Teaching Method(s)
Teknik mengajar saya lebih kepada memperkenalkan teknik yang lebih mudah difahami dan sesuai dengan tahap kefahaman pelajar. Saya akan mengenal pasti kekurangan pelajar dan punca masalah yang mereka hadapi. Selari dengan teknologi yang semakin canggih, saya akan menggunakan platform kuiz yang sedia ada seperti Quizziz dan Kahoot untuk menarik minat pelajar. Saya lebih menekankan konsep study smart berbanding study hard supaya pelajar tidak rasa terbeban dan merasakan subjek itu terlalu sukar untuk difahami. Sepanjang sesi pembelajaran, persekitaran yang ceria amat penting untuk memastikan pelajar terus bersemangat untuk belajar. Untuk silibus pembelajaran, saya akan banyak membuat latihan dari soalan soalan tahun sebelumnya dan daripada pelbagai sekolah serta daerah agar pelajar lebih memahami subjek dan cara menjawab soalan. Walaubagaimanapun, saya menitikberatkan kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran
Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Akaun Dewasa
Prasekolah - 3M Tadika